Tuesday 22 March 2016

Alasan 3: Kenapa Khir Toyo boleh kena, Lim Guan Eng tidak?


KALAU KHIR TOYO DI PENJARA BELI HARTANAH DI BAWAH HARGA PASARAN, LIM GUAN ENG TIDAK SEWAJARNYA LEPAS.

Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Shabudin Yahaya (BN - Tasek Gelugor) mendakwa Lim Guan Eng (DAP - Bagan) membeli sebuah rumah yang sebelum itu disewanya pada harga yang luar biasa rendah.

Kata Datuk Shabudin, rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang menelan belanja yang besar, ianya telah dijual kepada Lim Guan Eng dengan hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu.

Lim Guan Eng melalui laman sosial Twitternya sudahpun mengaku membeli 10,150 sq. ft. tanah berserta binaan rumah banglo. Beliau menulis akan menjawab persoalan ini esok. Persoalannya, kenapa perlu Lim Guan Eng tunggu sehingga esok untuk menjawab persoalan sama ada beliau telah membeli rumah banglo berkenaan lebih rendah daripada harga pasaran atau tidak.

Tokong Lim mendakwa harganya murah disebabkan tiada kolam renang dan rumahnya lama. Sama ada adanya kolam renang ada tidak seperti dakwaannya tidak menjadi persoalan. Begitu juga jualan 'subsale' tidak bermakna harga jualan menjadi lebih murah daripada harga pasaran. Malangnya Tokong Lim terlupa fakta di bawah:

1. Harga tanah sebanyak RM270 sq. ft. di tanah utama Pulau Pinang adalah tidak masuk akal dan terlalu murah.

2. Rumah yang telah mengalami proses pengubahsuaian oleh pemilik asal dijual dengan lebihan RM300,000 sahaja berbanding harga asal pada 2008 iaitu RM2.5 juta.

3. Semakan rambang mendapati harga nilaian rumah berkenaan untuk harga jualan adalah senang-senang boleh dapat sekitar RM6.5 juta.


Jika Mantan Menteri Besar Selangor dipenjara setahun akibat membeli rumah banglo yang harganya di bawah harga pasaran, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya tidak mengambil sikap pilih kasih dengan tidak mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Jangan lupa, Ketua Menteri yang sama telah 'ditangkap' berbohong semalam oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan berkenaan isu harga minimum rumah kos murah.
http://www.pru14.tv/2016/03/18/tembelang-skandal-penyalahgunaan-kuasa-guan-eng-terdedah/

http://www.mykmu.net/2016/03/berdasarkan-kes-khir-toyo-lim-guang-eng-pasti-didapati-bersalah-kecuali/#

Kenapa BABI ni tidak buat laporan polis dan SPRM terhadap Lim Guan Eng pula????

SPRM perlu siasat

http://www.suara.tv/2016/03/18/video-ngo-semut-desak-sprm-siasat-skandal-guan-eng-bina-mahligai/ 

Dimana logiknya urus niaga berkenaan sedangkan ditegaskan sekali lagi, harga rumah berkenaan mengikut anggaran semasa sekali ganda daripada harga yang dibeli oleh Guan Eng?Adakah ini juga merupakan satu “kerja kebajikan” yang dilakukan oleh Guan Eng? Belum lagi berbicara tentang tanah yang dijual olehnya kepada sebuah syarikat yang langsung tiada kena mengena dengan kerajaan negeri.

https://seademon.wordpress.com/2016/03/17/the-silence-is-macc/

Berikut kenyataan SPRM:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang sudah menyerahkan kertas siasatan berkaitan kos ubah suai dan sewa banglo mewah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kepada ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya, bulan lalu.

Perkara itu disahkan Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md Yatim, pada sidang media di pejabatnya di sini, pagi ini.

"Kami sudah serahkan kepada ibu pejabat untuk tindakan lanjut," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Julai lalu, Pemuda Gerakan Pulau Pinang, membuat laporan kepada SPRM berhubung kos pengubahsuaian banglo mewah yang disewa Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini.

Laporan itu dibuat selepas Guan Eng tidak memberi maklum balas terhadap permintaan Gerakan yang mahu beliau menjelaskan isu berkaitan banglo sewa itu termasuk nilai sewaan.

Ketua Menteri berpindah ke banglo berkenaan kerana kediaman rasmi, Seri Teratai di sini, mengalami kerosakan serta banyak anai-anai.

Pada sidang media itu, Latifah juga memaklumkan tiada tindakan pendakwaan terhadap mana-mana pihak berhubung dakwaan Aminah Abdullah bahawa beliau cuba disogok supaya menarik diri pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Penanti, Mei lalu.

"SPRM memperakukan tiada mana-mana pihak akan didakwa dalam kes ini," katanya.

Menjelang pilihan raya kecil itu, Aminah yang bertanding atas tiket Bebas mendakwa didatangi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menawarkan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wang tunai RM80,000 supaya menarik diri daripada bertanding.

Aminah, yang juga bekas Ketua Wanita PKR negeri turut mendakwa PKR menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I jika beliau menang pilihan raya kecil itu, dengan syarat menyertai semula parti itu.

Beliau mendakwa didatangi seorang pegawai kepada Exco kerajaan negeri dan seorang ahli majlis PKR negeri untuk membuat tawaran itu.



No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.