Thursday 3 March 2016

Challenger hanya burung kakak tua, Belum waras dan matang


MPPK Seru Anak Muda Hormati Sistem Negara

1. MPPK pada hari ini menolak segala ancaman yang cuba dilakukan oleh mana-mana pihak ke atas sistem demokrasi negara termasuklah usaha yang dilakukan oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Challenger.

Kami menghormati pendapat serta pendirian yang diutarakan oleh Challenger namun tindakan mereka menyerang sistem dan instituisi negara secara terbuka adalah tidak wajar.

Malah kami juga kesal dengan mantan pemimpin mahasiswa yang menggunakan 'jawatan' yang pernah disandang  untuk menggambarkan sokongan anak muda terhadap mereka.

2. Ancaman dan serangan hari ini terhadap kerajaan dilihat telah mendatangkan suasana yang tidak tenteram di negara kita. Rakyat semakin berpecah belah, pemimpin pula terus-terusan bertelagah dan yang menjadi mangsa adalah golongan anak muda.

Abu Nawas dalam satu kisahnya didatangi jiran yang bertelagah dengan jiran satu lagi.

Ketika jiran pertama mengadu kepada Abu Nawas, beliau menjawab, "..wahai insan yang budiman, kamu benar."

Lalu setelah pulang jiran yang pertama tadi, Abu Nawas didatangi jirannya yang satu lagi dan turut mengadu kepada Abu Nawas.

Abu Nawas kemudian menjawab kepada jirannya yang kedua ini "..wahai insan bijaksana, kamu juga benar .."

Isteri Abu Nawas pada ketika itu mendengar apa yang berlaku lalu dia bertanya kepada Abu Nawas "..abang, kamu mengatakan kedua-dua jiran itu benar dan itu mustahil.

Abu Nawas kemudian menjawab kepada isterinya "..sayangku, kamu juga benar.."

Kesimpulannya, dalam keadaan semua pihak sedang cuba sedaya upaya membuktikan kebenaran agak berpihak kepada mereka, selaku anak muda yang bijaksana kita harus menilai kebenaran itu dengan nilai intelektual yang ada.

Sesungguhnya kebenaran itu perlu dicari tanpa melibatkan emosi dan rasa amarah semata-mata.

3. Buat rakan-rakan mahasiswa, kita tidak perlu terlibat dalam pertembungan politikus yang tidak berkesudahan. Adalah lebih baik kiranya kita memahami sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dan menggunakan medium Pilihanraya sebagai penentu.

MPPK menyeru semua mahasiswa untuk menghormati sistem negara yang mengamalkan demokrasi dan sama-samaah kita menolak anasir-anasir luar yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik negara.

Farhan Khairuddin,
Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan 2015/2016

---------------------------------

KENYATAAN MEDIA SOKONGAN ANAK MUDA PADA PERDANA MENTERI

1) Kami rasa terpanggil untuk menyatakan yang kumpulan mahasiswa, NGO dan generasi muda menyanggah kenyataan kumpulan Challenger yang mengecam Perdana Menteri Malaysia.

2) Challenger bukanlah satu pertubuhan berdaftar dengan ROS, ROY atau universiti. Mereka tidak mewakili suara majoriti anak muda di Malaysia.

3) Kenyataan mereka yang mempertahankan Rafizi Ramli yang sering menyerang Tabung Haji dengan tuduhan tidak berasas menyerlahkan mereka adalah sekutu pada pembangkang.

4) Kami bersetuju bahawa menghormati hak majoriti yang dipilih melalui proses demokrasi yang berlangsung setiap lima tahun adalah lebih mulia berbanding merosakkan sistem yang sedia ada.

5) Semua tuduhan yang dilempar ke atas Perdana Menteri hanyalah bersifat prasangka dan propaganda semata-mata, sedangkan realitinya sudah banyak perubahan yang dilakukan dan rakyat sedang menikmatinya sekarang.

6) Tindakan mempertahankan The Edge, Sarawak Report akhbar yang memetik sumber daripada Xavier Justo orang yang sudah ditahan dipenjara Thailand juga membuktikan Chalenger ini buat kenyataan media secara melulu dan tanpa usul periksa.

7) SPRM dan Peguam Negara sudah mengesahkan tentang isu dana RM2.6 billion selepas meneliti secara forensik dokumen setinggi 1.7 meter daripada SPRM dan sumber sumber lain. Keputusan Peguam Negara adalah jelas, tiada kaitan dengan 1MDB dan tiada kesalahan jenayah.

8) Jika ada bukti baru, maka pihak pihak berkaitan perlu memberi kerjasama kepada pihak polis, SPRM dan AG untuk siasatan. Bukan menuduh tanpa asas dalam blog dan tidak menyatakan sumber seperti yang dibuat oleh WSJ

9) Soal penggantungan yang kita segani Tan Sri Muhyiddin dan keluarnya insan yang kita sayangi Tun Mahathir daripada UMNO adalah soal dalaman parti. Pihak luar dan anak muda hanyalah menilai berdasar persepsi sahaja. Realitinya, berapa ramai yang turut serta keluar UMNO bersama sama dengan Tun Mahathir? Tun Mahathir sendiri masih belum menghantar surat rasmi keluar daripada UMNO.

10) Tindakan Tun Mahathir yang mahu bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan PM adalah satu tindakan yang tidak wajar. Apakah Tun Mahathir mahu bersekutu dengan agenda Claire Brown, Editor Sarawak Report yang mahu raikan kejatuhan Najib dengan segelas arak?

11) Kami juga memperakui kepimpinan Perdana Menteri yang sehingga kini turut diiktiraf diperingkat antarabangsa. Pemimpin dari Timur Tengah, China, Eropah dan Amerika Syarikat menghormati kepimpinan Dato Sri Najib.

12) Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat, Malaysia masih lagi mengekalkan pertumbuham ekonomi 5% dan mendapat status kewangan yang semakin baik dari Fitch Rating. Ini bermakna, dasar ekonomi Dato Sri Najib adalah tepat, hinggakan Arab Saudi sendiri meniru GST yang dilaksanakan di Malaysia.

13) Sebagai anak muda, kita harus bertindak berdasar fakta, menjunjung Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Tidak harus menyebar persepsi, menular emosi, menyemai benci terhadap pemimpin secara buta tuli.

14) Bagi umat Islam, Al Quran dan hadis tidak mengajar umatnya untuk membuat honar bagi jatuhkan pemimpin. Ayat 59 Surah An Nisa wajib dijadikan pegangan anak muda beragama Islam.

15) Ketika dunia lain bergolak dengan konflik dan kegawatan, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam keadaan yang sejahtera untuk meneruskan kehidupan. Mahukah kita kufur dengan nikmat aman yang Allah SWT berikan ini?

16) Cuba namakan mana negara Islam yang aman dan stabil ekonominya pada hari ini? Cuba namakan nama pemimpin Islam yang dipercayai di peringkat antarabangsa hari ini?

17) Lima tahun yang lalu, anak muda berkumpul di Tahrir Square untuk gulingkan Mubarak secara berdemo, hari ini strategis anak muda yang memulakan demonstrasi itu sendiri menyesal dengan apa yang beliau lakukan.

18) Keadaan negaranya lebih tidak stabil, berlaku siri siri demonstrasi yang tidak terkawal dan anarki berleluasa di negara tersebut. Apakah perubahan sebegitu yang anak muda mahukan?

19) Sebagai generasi kepimpinan muda, usah kita hancurkan negara pada hari ini bersandar emosi dan persepsi. Marilah kita bersatu membantu Dato Sri Najib Razak untuk memajukan negara ini.

20) Banyak lagi agenda anak muda yang masih belum selesai dan perlu diperjuangkan secara bersama. Bukan mengikut dan terjerumus dalam "grand design" WSJ dan Sarawak Report yang mahu hancurkan negara ini.

Oleh:

Abang Mohd. Hafizie bin Abang Bunsu

Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM sesi 2013/2014

Timbalan Presiden
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan sesi 2013/2014

Turut sama menyokong :
1) Mohd Fadlillah Mukhatar YDP MPP UPSI 2012/2013
2)Muhamad Amerul Muhamad, YDP MPP UMK 2012/2013)
3) Ahmad Mu'adz Nazari, Penolong SUA MPP UniMAP 13/14
4) Mohamad Amir Shaqim Bin Ahmad, NYDP MPP UPNM - 2013/14
5) Adam Ariffin (Exco MPP Multimedia University Melaka 2015/16)
6) Sulhairil Hafiz Sulaiman, Naib Yang Dipertua MPP UPM 2005/06
7) Muhammad Hariz Ahmad, Setiausaha Agung MPP UUM 2012/13
8) Azri Norfikri Aziz, Timbalan YDP MPP UUM, 2012/13
9) Mohd Fuad Ramlan, Timbalan YDP MPP UPM 2013/14
10) Nur Amierah Amaniena Binti Azmi, Timbalan YDP MPP Segi College Penang, 2015/16
11) Muhammad Syafiq Mahamud, Penggerak Hijrah UMK 2013/14
12) Mohd Fahzil Abidin, YDP MPP UMK 2014/15
13) Mohd Zaidi Mohd Idrus, YDP MPP UKM 2007/2008
14) Hariz Izham, Bendahari UTEM 2013/14
15) Mohd Ali Faiz Salleh, YDP MPP UUM 2014/15
16) Mohd Syahiran Annuar, YDP Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Kebangsaan, Permata.
17) Asrisal Mohd Radzi, MPP UKM 2004/05
18) Raj Akhbar Sabu, MPP UMS 2004/05
19) Zuhairi Zuremi, Presiden MPP Unisza 2013/14
20) Azrinizam Ibrahim, Presiden MPP UUM 1999/2000
21) Mohd Ikhwanul Shafiq Mohd Fudzi, MPP UTHM 2012/13
22) Mohd Zul Fadzli Alias, MPP UPM 2014/15
23) Hanafi Mohd Ali, Naib Yang Dipertua MPP UPM 08/09
24) Hezrul Akram Bin Kamaruddin, Naib YDP MPP UMK, 2014/15
25) Jabdin Juhat
YDP MPP UMS, 2000/2001
26) Mohamad Shafiq Kamaruddin, YDP MPP USM 2013/15
27) Kamarul Badlishah Kamarulzaman, Exco MPP USM 1997/98
28) Muhammmad Zufar Zulkefle, YDP Mahasiswa Negeri Sembilan
29) Mohamad Syzrul Yahya, YDP MPP UPM 2015/16
30) Sarfarizmal Saad, Timbalan Presiden MPP UKM 2009/10
31) Mohd Efendi Omar, YDP MPP Universiti Malaya 2005/06
32) Muhammad Raziq Rezza Bin Azmi, YDP Kor Suksis UTHM 2014/15
33) Abdul Hadie Abdul Halim, Timbalan Hijrah UMK 2012/14
34) Muhammad Syahmi Aiman Sulaiman, Timbalan Pengerusi MPPK / YDP MPP UPSI 2015/16


http://antirepublik.blogspot.my/2016/03/kenyataan-media-sokongan-anak-muda-pada.html


Mereka menjawab Challenger yang hanya recycle propaganda seperti berikut:

SIDANG MEDIA

Challenger - Gerakan Perubahan oleh Generasi Muda

Kami, Pemimpin-Pemimpin Anak Muda Malaysia, telah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Najib dan sekutunya, kerana tindakan mereka telah menjejaskan dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.

Kecintaan kami terhadap Malaysia sukar ditandingi. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara terhadap mereka yang menghancurkan negara tercinta ini. Sebagai generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara akan datang, adalah menjadi kewajipan kami untuk menyelamatkan masa depan dari sekarang. Kami menolak DS Najib dan sekutunya atas sebab musabab berikut;

Salah Tadbir Urus Yang Ketara Dalam Krisis 1MDB
 

Krisis ini melampaui kes-kes rasuah yang lain kerana ia melibatkan serangan yang konsisten terhadap rukun tadbir Malaysia.
Kami telah hilang keyakinan terhadap keupayaan pentadbiran Najib Razak untuk mengendali krisis 1MDB secara bebas dan tidak berat sebelah. Siasatan terhadap krisis ini telah terjejas akibat daripada gangguan luaran dan ugutan. Pegawai-pegawai SPRM umpamanya telah dipindahkan sewenang-wenangnya semasa siasatan dijalankan. Bekas Peguam Negara telah diganti secara tiba-tiba. Laporan Bank Negara turut tidak dipeduli. Syor daripada SPRM diketepikan. Pegawai Tertinggi Cawangan Khas disingkir dan dilantik semula. Bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tiba-tiba telah dilantik ke jawatan baharu di pertengahan siasatan krisis.

Media juga telah digantung dari serangan ini. The Edge. Sarawak Report, Medium dan terbaru, Malaysian Insider telah digantung kerana laporan yang begitu kritikal terhadap 1MDB dan tuduhan skandal rasuah terhadap Perdana Menteri.

Kami juga telah melihat undang-undang telah disalahguna atas nama “Keselamatan Negara”.  


Ketidakadilan permohonan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang menahan Datuk Seri Khairuddin dan Matthias Chang adalah satu tindakan yang amat tercela sekali.

Kami juga tidak bersetuju dengan sekatan meninggalkan negara ke atas YB Rafidzi Ramli dan YB Tony Pua yang tidak berasas. Kami juga menentang taktik ugutan yang digunakan terhadap aktivis muda seperti Fahmi Reza.

Turut membimbangkan apabila pegawai-pegawai kerajaan dihukum kerana menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu ini. Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal dan ramai lagi telah dihukum kerana bersuara lantang. Budaya menutup mulut ahli-ahli yang berlainan pendapat untuk menutup kebenaran merupakan satu trend yang membimbangkan.

Nama baik negara kita telah tercemar di seantero dunia berikutan krisis ini. Hong Kong, Sweden, Singapore, United Kingdom dan United States juga telah menjalankan siasatan ke atas kes ini. Krisis ini juga mendapat perhatian media-media luar seperti The New York Times, The Wall Street Journal, BBC, Aljazeera dan banyak lagi. Maruah Malaysia yang tercalar ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dipulihkan.

Serangan berterusan ini akan meningglkan kesan pada masa depan Malaysia. Masa depan yang akan diwarisi oleh golongan muda zaman kini.


Kami tidak lagi ingin berdiam diri apabila masa depan kami diragut.

Speaker
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Disokong oleh,
Endorsed by-
1. Syed saddiq Syed abdul rahman(Recipient of the Anugerah Perdana Belia Negara, The Youth Merdeka Award & a three-time Best Debater of Asia)
2. Abdul Hannaan Khairy (YDP MPP UTHM 2014/2015)
3.Abdul Naem Suhaimi (YDP MPP UMP 2012/2013)
4. Qamarudin Mohd Fauzi (SUA MPP UMP 2014/15)
5. Muhammad Zulhelmi Muktar (YDP MPP UMT 2014/15)
6. Muhamad Zulfiqar Bin Mustapa (YDP MPP UPNM 2013/2014)
7.Muhammad Khairudden Bin Sulaiman (YDP MPP UniMAP 2012/2013)
8. Affendy mohd saleh (YDP MPP 2013/14)
9. Muhammad Nas Akmal Merican Bin Md Zainuddin (YDP MPP UniKL BMI 2013/2014)
10. Mohd Fahim bin Mohd Farid (Wakil MPP Politeknik Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan 2013/2014)
11. Muhammad Farouq Bin Abdul Patah (PRESIDENT, Student Representative Council 2014/2015
SEGi University)
12. Fadhli Umar (Law Society President, IIUM 2014/2015)
13. James Chai (Co-Founder & President of Malaysian Progressives in the UK (MPUK))
14. Mukhzani Alia (Co-Founder & Deputy President of MPUK)
15. Ameera Natasha Moore (Chair of Asian BP Council & Recipient of The Youth Merdeka Award)
16. Muhammad Bin Ahmad Zahid (Recipient of The National 'Tokoh Maulidul Rasul' Award)
17. Hafidzi Razali (Advisor, Youth Advisory Council, World Federations of UN Associations)
18.  Amshar Aziz ( Former VP of Australasia Debate Council)
19. Mohd Ridhwan Bin Haji Othman (President of Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu-PERIMAU)
20. Ishvinder Singh A/L Manmohan Singh (Perdana Fellow)
21. Norsyamimie A Rahman (Co-Founder and media manager of KMU Malaysia)
22. Ahmad Mustaqim bin Amiruddin (PT Foundation Advocate)
23. Numan Afifi (DAP SY Subang Publicity Secretary/ Naib Juara Sejarawan Muda RTM)
24. Ahmad Salami Zakuan (Aktivis Mahasiswa/Freelance Writer)
25. Azzan Aznan Bin Abdul R[truncated by WhatsApp]

4 comments:

  1. Dr.M sangat sokong ketika Najib mula menjadi PM. Malah Dr.M turun berkempen PRU 2013 untuk BN/UMNO di Gelang Patah (menentang Kit Siang) dan juga berkempen di Kedah.

    Dr.M baru saja tidak-sokong Najib setelah kemelut 1MDB 'meletop'. Negara atau Rakyat menanggung hutang 1MDB sebanyak RM42 Billion++. Nak bayar 'bunga' RM2 Billion keatas hutang pun, terpaksa berhutang lagi. Harta-pusaka Rakyat tergadai kepada Negara Asing, hanya untuk rasionalisasi 1MDB yang penubuhannya tidak rasional samasekali. Alih-alih, RM2.6 Billion pula masuk akaun peribadi Najib. Mula-mula, Najib tak mengaku, lepas tu kata fitnah dan nak saman WSJ. Hampeh, sampai hari ni.

    Ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan, digunanya 'orang-tengah' bernama Razak Baginda untuk beli kapalselam, tapi Dr.M masih sokong Najib. Malah Dr.M masih menyokong ketika Najib dan isteri 'membantu' Deepak Carpet perolehi pinjaman RM30 juta tanpa faedah dari Bank Rakyat. Bila skandal 1MDB meletop, baru Dr.M tahu bahawa Najib sekali lagi telah mengunakan orang-tengah bernama Jho Low untuk berurusan bagi-pihak Negara atau Rakyat.

    Bayangkan berapa Billion WANG Rakyat mampu dijimatkan, jika Najib menjiwai kempen KPDNKK: 'Jihad Memerangi Orang-tengah'. Itu beliau masuk RM7.2 Billion yang dibazirkan Najib untuk membayar Penasihat & Consultant. Kat MatSalleh pun Najib percaya sebagai penasihat.

    Pada saya Najib tidak menunjukkan contoh yang baik. Lihat saja 'lawatan kerja' gerombolan beliau ke Arab Saudi sekarang. Nama 'lawatan kerja', tetapi mengapa buat kerja 'Umrah'? Bukankah ini sudah dikira ambil kesempatan peribadi. Kemudian digunakan pula rakaman ritual kerohanian itu untuk mengilap emej-buruk beliau dimata Rakyat yang beragama Islam sahaja. Nak cari popularity, harus berpada-pada. Bukahkah sebelun ini pun sudah banyak kali buat Umrah. Jangan sampai kesucian Agama turut terpalit kekotoran, dihina dan diperlekeh lebih-lebih lagi, oleh Rakyat bukan-Islam.

    Belum lagi diambil-kira RM2 juta dalam akuan bank peribadi Rosmah. Adakah WANG ini juga derma untuk UMNO?

    ReplyDelete
  2. Mereka mewakili aebahgian daripada golongan mida yg akan mengundi dalam Pru akan datang...alangkah ruginya umno kehilangan banyak undi disebabkan oleh seorang pahlawan bugis

    ReplyDelete
  3. Keadaan ekonomi negara Malaysia sedang tenat.
    1. Guru2 sekolah, cuba bertanya kpd tukang2 cuci yg bekerja sbg kontrak, bila mereka dapat gaji? Pihak Kerajaan telah melengah2kan pembayaran gaji mereka dgn lambat menegeluarkan cek kpd syarikat pembersihan sekolah sebab Kerajaan mengalami kekurangan duit. Sikit lagi, keadaan ini tidak boleh berterusan. Tukang2 cuci sekolah akan berhenti kerja. Apa akan jadi kpd tandas2 sekolah? Ini boleh diatasi dgn menyuruh murid2 sendiri secara bergilir2 mencuci tandas sekolah. Kira settlelah tu.
    2. Cuba pulak tanya kpd jaga2 sekolah bila mereka dapat gaji. Jawapanya juga lambat. Mereka nak makan apa? Jaga2 sekolah pun akan berhenti. Keadaan ini agak merbahaya kerana jaga2 sekolah itu tahu di mana tersimpannya barang2 yg berharga di sekolah spt laptop. komputer, wang tunai dll. Tak mungkin, jaga2 sekolah ini akan merompak sekolah mereka. Tak juga jadi masalah, kan guru2 ada utk bergilir2 jadi jaga sekolah. Kalau malam ini jaga sekolah, besok bolehlah cuti dari mengajar.
    3. Lambat-laun, guru2 sekolah pulak tak bergaji. Macam mana nak bayar hutang rumah? hutang kereta? Nak beri makan anak bini?
    Pihak Kerajaan Malaysia sudah tidak lagi boleh meminjam dari luar negara, kerana sudah mempunyai hutang tertunggak sebnyak RM800 bilion!
    4. Wang terkumpul dlm Tabung Haji akan menjadi mangsa. Wang dlm KWSP akan jadi mangsa. Wang Tabung Angkatan Tentera akan jadi mangsa.
    5 Rakyat yg bodoh akan menjadi mangsa. Melayu sememangnya bodoh piang!

    ReplyDelete
  4. Sape mamat ni??? Bulu ketiak pun masih jarang.... tak tahu sepak terajang politik dah nak membangkang tak tentu pasal. Ikutlah telunjuk DAP dan nanti jadi tukang kebun DAP... bodoh punya budak.... otak kosong.... takat juara debat aje boleh lah.... not the material to become a leader...

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.