Tuesday 8 March 2016

Respect Agong and #RespectMyPM


Berhentilah berpolitik untuk kepentingan sempit - Agong
Berhentilah berpolitik untuk kepentingan sempit - Agong


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta semua wakil rakyat supaya berhenti berpolitik untuk kepentingan sempit. -Astro AWANI/Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta semua wakil rakyat supaya berhenti berpolitik untuk kepentingan sempit.


Dalam titah pada majlis pembukaan sesi Parlimen hari ini, Baginda menyifatkan perkara itu sudah berlarutan sejak sekian lama sehingga melelahkan rakyat dan kerajaan.

"Berikanlah contoh teladan yang baik kepada rakyat dengan saling bergandingan dalam melahirkan buah fikiran yang bermanfaat demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara yang berterusan.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis pembukaan sesi Parlimen hari ini. -Astro AWANI/Shahir Omar


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis pembukaan sesi Parlimen hari ini. -Astro AWANI/Shahir Omar


"Dalam negara demokrasi perlembagaan, kita boleh berbeza pandangan.

"Raikanlah ruang tersebut, namun bukan saling menjatuhkan, bermusuhan dan fitnah-memfitnah yang akhirnya menjerumuskan negara kepada kehancuran," titah Baginda.

Baginda juga mengingatkan ahli-ahli politik untuk mengelakkan dari memburuk-burukkan negara di mata masyarakat.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

--------------------------------


Titah Agong sarat dengan pesanan penting

KUALA LUMPUR - Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis pembukaan sesi Parlimen hari ini sarat dengan pesanan penting untuk semua ahli Parlimen dan rakyat, demikian pandangan beberapa ahli mengenai titah ucapan itu.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (BN-Sembrong) yang juga Menteri Pertahanan berkata rakyat wajar mengambil serius titah Seri Paduka, khususnya berhubung penularan fahaman ekstrem di negara ini, sebagai ingatan agar mereka tidak mudah terpengaruh.


Beliau berkata, rakyat harus bertanggungjawab dan bijak menilai sebarang maklumat diterima agar ia tidak menjejaskan keselamatan negara serta perpaduan yang dibina hampir 58 tahun lalu.

"Jika kita ambil mudah, kelemahan ini boleh dieksploitasi sama ada dalam unsur keselamatan dan konteks ekonomi negara," katanya yang ditemui pemberita selepas majlis perasmian itu di Dewan Rakyat.

Turut berangkat hadir Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir.


Terdahulu, Tuanku Abdul Halim bertitah menyeru rakyat agar berwaspada dengan penularan fahaman ekstrem seperti kegiatan militan IS.

Baginda juga menasihatkan segelintir pihak yang gemar mengadu-domba dan menyebar fitnah yang boleh menggugat perpaduan negara, termasuk dalam media sosial, agar menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Seri Paduka turut menasihatkan ahli Parlimen supaya berbahas secara berhemah dan tertib di dalam Dewan untuk menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.


Justeru, Hishammuddin berharap persidangan Parlimen kali ini dapat memfokuskan kepada agenda menghadapi ancaman yang boleh menggugat perpaduan dan kestabilan negara.


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datok) yang juga Menteri Dalam Negeri pula berharap semua pihak, khususnya anggota Parlimen dapat menghayati pesanan Seri Paduka selain meletakkan harapan agar Rang Undang-Undang Antikeganasan (Pota) yang dijadual dibentangkan padas sesi Dewan Rakyat kali ini memperoleh sokongan, terutama daripada pembangkang.


Ahmad Zahid berkata pembentangan rang undang-undang itu penting bagi menangani ancaman keganasan terutama penularan agenda kumpulan militan IS.


"Kita perlukan undang-undang pencegahan (Pota) bagi menghalang tindakan pengganas di Malaysia. Kerajaan harus melaksanakan undang-undang ini secepat mungkin bagi melindungi rakyat," katanya.


Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berharap titah Seri Paduka yang mengambil kira semua aspek harus dipandang serius selain memastikan sesi persidangan ini berjalan lancar dan mendapat komitmen semua ahli Parlimen termasuk pembangkang.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek pula berkata ahli Parlimen perlu berbincang dengan berhemah  dan intelektual demi kesejahteraan rakyat dan negara.


"Ahli Parlimen perlu menjaga maruah dan kesucian bagi meletakkan Parlimen pada tahap yang tinggi," katanya yang merupakan ahli Parlimen Kuala Pilah.


Sementara itu, Ahli Parlimen Gombak yang juga Menteri Besar Selangor  Mohamed Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat akan menggunakan ruang di Parlimen untuk membahaskan isu secara bertanggungjawab seiring dengan titah Seri Paduka Baginda.


"Menariknya Tuanku memulakan titah dengan mengatakan sewajarnya pada tahun  ini, kita memulakan lembaran baharu berdasarkan pengalaman kita pada tahun sebelum ini dan Pakatan Rakyat akan membahaskan isu secara bertanggungjawab", katanya.


Tian Chua (PKR-Batu) turut menyambut baik titah Seri Paduka dan berharap agar persidangan kali ini digunakan oleh ahli Parlimen untuk berbahas secara positif dan berhemah. - Bernama


No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.