Friday 8 April 2016

Alasan 25: Pinochio Lim Sedia debat Rahman Dahlan untuk alihpandang






Dato Rahman Dahlan ada mencabar Pinochio Lim Guan Eng untuk berdebat dan dia telah menerima cabaran tersebut.


Sebenarnya ia telah membuka ruang untuk Pinochio Lim untuk alihkan pandang terhadap isu salahlaku membeli rumah Jalan Pinhorn dan projek Taman Manggis.






Apa bakal berlaku adalah kedua-dua pihak akan bermain wayang cabar mencabar dan sibuk berbincang tentang debat dari salahlaku. Akan ada berbalik-balik mengenai ketetapan mengenai tempat, cara debat, dan lain-lain perincian tentang debat.  berakan berlaku


Seperti yang berlaku ketika Pinochio Lim gagal membentangkan fakta untuk melawan fakta yang dibentangkan pihak Dato Dr Chua Soi Lek ketika sebelum PRU, dia akan bermain retorik politik seperti ngutuk MCA, melabel dan lain-lain.


Debat itu akan digunakan Pinochio Lim bukan untuk menjawab dan menerangkan kedudukan Jalan Pinhorn dan Taman Manggis tetapi mengalih pandang dengan membuat tuduhan lain seperti tuduhan Perda.


Selepas debat, media mereka akan spin dan menyerang hujah Rahman dari menjelaskan jawapan Pinochio Lim yang pasti sudah sangkut.


Sudah tentu ia sedang disiasat SPRM dan Polis, elok dibiarkan saja proses undang-undang. Lagi pun subjudis untuk bincang terbuka ketika siasatan atau pendakwaan.

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.