Tuesday 31 May 2016

Betulkah Rafizi ada maklumat Azmin dirasuahkan seks?

Rafizi Serah Bukti Rasuah Seks Kerajaan Selangor – SPRM

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Sekalipun Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kegiatan rasuah minta wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor adalah fitnah terancang, namun Rafizi Ramli tetap tidak berganjak.

Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan itu muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk menyerahkan sendiri bukti mengenai dakwaan yang beliau pernah bangkitkan itu.

Rafizi tiba kira-kira 12 tengah hari diiringi hampir 30 penyokong termasuk Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah dan Naib Ketua Anak Muda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mokhtar.



Azmin yang juga Menteri Besar Selangor pada Jumaat lalu dalam reaksi isu dibangkitkan Rafizi mendakwa konon orang yang menuduh itu telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri tersebut.

Timbalan Presiden PKR itu malah mendakwa pembocor rahsia yang sengaja menyebarkan isu skandal rasuah seks tersebut konon sebagai sengaja cuba melakukan serangan jahat dan semberono terhadap pihak kerajaan Selangor.

“Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudian menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat,” kata Azmin lagi.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan akan mengemukakan semua bukti rasuah skandal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor termasuk habuan wanita seksi dan wang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, pada Khamis lalu Wan Azizah membuat kejutan apabila mengarahkan Rafizi agar menyerahkan semua bukti tersebut kepada pihak SPRM untuk disiasat seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR.

Sepenuh di MyNewsHub SINI.

Baca juga PKR Arah Rafizi Lapor SPRM Rasuah Seks di MyNewsHub SINI


2 comments:

  1. ....Inikah dia lakonan hidup, di pentas dunia. pencapai maksud. Dek manis gula semut binasa, kail berduri bersalut umpan, Dek manis kata insan terlena....Jadi anda semua harus berwaspada Bila Raja Pembohong Mega buka 1001 cerita supaya rakyat terbuai lena hingga terlupa cerita2 yg mengaibkan PR/PH Kita masak ranum dgn "ADENGAN" Rafizi & his KONCO2 beliau (PKR/DAP/PAN - PAS) BERTAJUK "The Grand Design" of the opposition. Jgn mudah PeRcAyA.

    ReplyDelete
  2. Yg pelik pembangkang "mula berani" bila TGHA dah tak ada didunia ni.HADI berani "maki" DAP kaw2/ Rafizi pulak mula main silap mata.Percayalah,INI SEMUA NYA "LAKONAN BELAKA" TAK SEMUA ORANG akan percaya bulat.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.