Friday 24 June 2016

Betul atau auta SPRM sekongkol dengan Rafizi?


Tidak lama selepas dilaporkan perletakkan jawatan Tan Sri Abu Kassim, ia bagai terancang untuk Msiakini membuat laporan putarbelit yang seolah bersekongkol dengan pihak tertentu untuk bunuh kerjaya salah satu calun luar SPRM yang mahu ganti Abu.

Baca di Snapshot http://theunspinners.blogspot.my/2016/06/mkini-sekongkol-mahu-orang-tertentu.html


Juga terancang untuk President TI-M yang merupakan pensyarat IPTS condong pembangkang menyuarakan SPRM yang bebas.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/06/23/ti-m-we-need-independent-macc-to-fight-graft/

Ini suatu polemik basi yang masih dimainkan pembangkang padahal SPRM bertaraf Suruhanjaya dan bukan seperti BPR yang hanya jabatan bawah JPM.

TI-M.difahami rapat dengan orang tertentu yang sering mengambil kata2 dari mereka.

Semua tu betul

Bagai terancang juga, Rafizi menafikan kata-kata Abu Kassim dengan cara biasa yang pernah dilakukan Rafizi, Tony Pua, Tun M, dan proTun dalam.isu 1MDB.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/06/23/rafizi-macc-heads-forced-to-quit/


Namun kini didedah oleh sendiri bahawa:

RAFIZI BUKTIKAN SPRM BERSEKONGKOL DENGAN PEMBANGKANG SELAMA INI

"Saya bersama Akmal Nasir atas kapasiti National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah dihubungi dan berjumpa secara sulit dengan seorang pegawai SPRM berhubung tekanan yang dihadapi oleh badan tersebut pada awal tahun ini" - Rafizi Ramli 23 Jun

https://www.facebook.com/515643958519803/photos/a.515656021851930.1073741829.515643958519803/1008691165881744/?type=3 <br />

---------

Huan sudah lama menyerang SPRM kerana memakan 4 bulan untuk siasat Lim Guan Eng dalam hal pembelian banglo yang mana kes ini sudah 2 tahun dahulu ditimbul dan dilaporkan aktivis Pulau Pinang.

Rasanya high profile case boleh disegerakan dalam sebulan dua untuk basic fact of the case tersedia. Terutama bila pelbagai bahan dan dokumen sudah terdedah.

Adakah benar pembangkang bersekongkol SPRM? Mungkinkah ini hanya putarbelit Rafizi yang mana 95% dari kenyataannya adalah bohong, putarbelit dan gempaq benda tak ada benda.

Abu Kassim harus jawab dan tidak pass ke pegawai bawahan. Di luar negara pegawai teratas wajib ambil tanggungjawab tentang perjalanan organisasi.

1 comment:

  1. SPRM perlukan post mortem. Pegawai2 yg melanggar osa perlu dihukum dan disingkirkan. Begitu juga dengan Rafizi, jika benar beliau mensabotaj siasatan terhadap LGE, dakwalah dia di bawah undang2 yg ada.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.