Wednesday 28 September 2016

Penyalaras PPBM letak jawatan atau Muhyiddin diserang?


Agak susah nak percaya Muhyiddin sedia bersekongkol dengan DAP. http://novandri.blogspot.my/2016/09/pergolakan-dalaman-parti-muhyiddin.html.

Namun itu realitinya.

Tujuan Muhyiddin terlibat PPBM adalah dendam dan ini cara dia boleh kembali ke UMNO dengan masih memegang kerusi dalam Parlimen dan ada pengikut pegang juga kerusi dalam DUN atau Parlimen. Jika UMNO terdesak, mereka boleh bincang dan bersatu balik macam Semangat 46.

Mungkin Mahathir ada rancangan lain lalu dia menggerakkan langkah untuk "bunuh Muhyiddin". Mengumumkan Muhyiddin sebagai PM in waiting adalah caranya. Baca analisa ini http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/mahathir-umum-muhyiddin-pm-untuk.html





Mutakhir ini Muhyiddin tidak dibenarkan bercakap oleh Mahathir hingga PPBM senyap sepi sepanjang Mahathir berada di London untuk atur media asing untuk serang Najib lebih kuat.

Mahathir umum di London bahawa Muhyiddin adalah PM in waiting. Mukhriz sudah bersuara PM hanya 2 penggal. Umur Muhyiddin 68, pilihanraya dalam setahun dua dan umur dia 70. Campur congak, Boboi yang lemau sebenarnya mahu jadi PM. Semua ini terhurai dalam posting http://snapshot2016.blogspot.my/2016/09/muhyiddin-kini-tunggul-mahathir-untuk.html

Mungkin ada kata ini semua propaganda UMNO saja. PPBM sedang bergerak laju. Baiklah, baca surat berikut:


ESA BIN HAJI MD ABAS
PENYELARAS P150 BATU PAHAT


Tarikh : 26hb Oktober 2016


Kepada,

YB Dato Dr Sharuddin
Pengerusi Penyelaras PPBM Negeri Johor


MELEPASKAN JAWATAN PENYELARAS P150 BATU PAHAT


YB Dato'
 
Di doakan semoga YB Dato' Dr serta sentiasa di dalam perlindungan kerahmatan dan peliharaan Allah SWT selalunya


Untuk makluman YB Dato saya terpaksa melepaskan jawatan saya sebagai Penyelaras P150 Batu Pahat walaupun pun perlantikkanya tidak secara rasmi


Ini memandangkan PPBM di P150 Batu Pahat serta individu  tertentu di peringkat negeri agak tidak profesionsal dalam menjalankan tanggungjawab yang di amabahkan. Ianya lebih kepada sikap hipokrik dan mengharapkan sesuatu bukan sebenar- benarnya perjuangan *BERANI KERANA BENAR*


Walaupun ada pihak pihak yang benar benar ikhlas berjuang bersama PPBM tetapi angkara mereka mereka ini saya lihat agak  tidak keterlaluan PPBM akan hilang fokus dan hala tuju sebenar di sebabkan beberapa individu tersebut


Sikap sikap mereka yang kebanyakkan dulunya sebagai ahli Umno dan ada di antaranya memegang jawatan dalam Umno masih lagi mengamalkan sikap negatif dan buruk ketika dalam Umno dan di bawa ke PPBM yang mereka angotai


Jika ini tidak di pantau dengan segera maka ia nya akan menjadi satu virus besar pada PPBM di semua peringkat dalam merealisasikan visi dan misi parti terutama menghadapi Umno BN pada PRU 14 nanti


Adalah amat malang jika ini terus berleluasa maka hasrat YAB Tun Dr Mahathir dan YB Tan Sri Muhyiddin serta pengasas lain PPBM akan terhalang sebagaimana yang di rancang


Oleh yang demikian biarlah saya mengundur diri di sebabkan perkara perkara di atas dan bimbang saya juga di persalahkan jika visi dan misi tadi tidak tercapai


Apa pun saya berdoa agar amanah yang si berikan kepada YB Dato akan di permudahkan oleh Allah SWT dalam  setiap masa dan keadaan


Sekian Terima Kasih


Wassallamulaikum


Saya yang benar....

Esa Bin Haji Md Abas


S/k

YA Berbahagia Tun Dr Mahathir Bin Mohammad
Pengerusi PPBM


YB Tan Sri Dato' Haji.Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin
Presiden PPBM


Ybg Tuan Haji Solihan
Setiausaha PPBM Negeri Johor


Rakan Rakan Penyelaras PPBM P150 Batu Pahat

--------------------------

Nama Esa ini telah disahkan wujud dan pernah jadi ahli UMNO. Lama tidak berada dalam UMNO dan kini menyertai PPBM.

Kempen keahlian PPBM diterajui orang-orang Muhyiddin iaitu Dr Sharuddin. Dalam keadaan awal PPBM, semua memang main tangkap muat. Tentulah dalam 2 minggu tak sempat mahu didokumentasikan dan dilakukan secara rasmi. Masih lagi cara sukarela. Mengapa ditimbulkan keadaan kucar kacir di dalam PPBM sekarang?

Malah mesej ini juga tersebar seminggu dua ini:

------------------

---------------------

Mungkin inilah mesej yang Dato Armand mahu buat laporan polis tetapi tidak jadi atas sebab kurang bukti. 

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.