Tuesday 27 December 2016

Ahli, pemimpn PPBM tak cerdik: Anina, bekas Setiausaha Kerja akui


Anina sudah disahkan di pecat. http://www.tv14.my/2016/12/25/anina-sahkan-dirinya-dipecat-sebagai-ketua-srikandi-ppbm/

Masih nak berhelah lagi:
Oh. Cap Bunga ialah parti bodoh dan alasan semua keliruan ini ialah kerana merupakan “kesilapan teknikal”.
Angkat sumpah pun “kesilapan teknikal”. Betul kata Anina; "Parti bodoh".  
Memang Parti Virus.

---
Beberapa jam selepas disingkirkan sebagai ketua wanita Parti Pribumi, Anina Saadudin berkata, keputusan itu boleh dikaitkan dengan dakwaan beliau terbabit dalam “skandal mesej seks” dengan bekas pembantunya.
“Tetapi, hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh,” katanya kepada FMT.
Anina  menegaskan dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita , namun dakwaan itu dipertikaikan Ketua Penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.
Anina berkata, beliau sudah tanya Timbalan Presiden, Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Shahruddin Md Salleh yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.
“Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya 
Katanya, beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan beliau ketua Srikandi.
Kamarudin ketika dihubungi berkata, Anina tidak pernah dilantik dan angkat sumpah beliau merupakan “kesilapan teknikal”.
“Beliau dilantik secara rasmi sebagai ahli Majlis Tertinggi, bukan sebagai ketua Srikandi,” katanya kepada FMT.
Dalam pada itu, Anina mempersoalkan dakwaan Mukhriz dan Shahruddin yang beliau sekadar “menaja” jawatan itu, manakala barisan pucuk pimpinan PPBM yang diumumkan bulan lalu adalah pelantikan rasmi.
“Parti ini baru berusia 3 bulan, tetapi dipimpin seorang presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman politik.
“Beliau lebih bijak,” katanya secara sinis.
Anina bukan pemimpin PPBM pertama terbabit dalam skandal seks.
Jun lalu, Presiden PPBM, Muhyiddin  menafikan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, selepas penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.
----
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/25/anina-dakwa-disingkir-kerana-skandal-mesej-seks-bodoh/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/25/ppbm-singkir-anina-sebagai-ketua-wanita/
LSS
 Jika skandal bodoh, bodohlah Muhyiddin pecat Anina.

Tambah lagi, bukan Muhyiddin sahaja yang bodoh memecat Anina tapi ada pula pemegang jawatan yang blur tak tahu nak selidik punca skandal seks ini.

Anina bertegas menyalahkan seseorang kerana menyebarkan cerita skandal seks Salam 4 kali ... maksudnya meneran 4 kali. Itu yang Ratu Naga tegur dia https://yusmanzaharizakaria.blogspot.my/2016/12/hormat-sikit-pada-tun-dan-harapan.html?m=1

Timbalan Presiden minta seorang Naib President hubungi orang yang dituduh. Sebaik mendapat penafiaan, Naib segera beritahu Timbalan dan dia terus kata orang yang dituduh menafi.

Blur sungguh Timbalan.

Patut ikut cara Pengerusi jumpa sendiri Unmi Hafilda, Dr Ristina, Meor, dan lain2 mangsa sendiri. Mungkin cara Pengerusi salah sebab kini dia sudah kempen FREE ANWAR. Ha ha ha ...


Timbalan mudah dicucuk hidung Presiden yang pasti mahu tukar satu lagi orang Tun untuk digantikan orangnya. Sudahlah Setiausaha, Bendahari dan Penerangan orangnya.

Dia sudah beri alasan Presiden untuk kata bukan dia yang pecat Anina tapi keputusan bersama.

Si tuduh kata dia pun tak minat jawatan Anina. Memang peluang Din Pagoh letak orangnya.

Bila melihat parti yang belum pun setahun tapi bijik jagong baru ditanam sudah bergelora,  ada benar kata-kata Kamarul yang merupakan Setiausaha Kerja pertama PPBM.

Katanya yang sertai PPBM adalah ahli UMNO yang kualiti rendah. Nampaknya begitu ahlinya, begitu juga pemimpunnya termasuk Kamarul kah kah kah ...



Eloklah makreb-makreb begini keluar UMNO. Mudah UMNO transformasikan parti dan yang tinggal hanya berkualiti tinggi ... huhuhu


No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.