Wednesday 12 April 2017

Bekas Penasihat Zambery kini orang kuat PPBM


Gambar di atas adalah gambar lama ketika Tan Sri Muhyiddin berada dalam kerajaan dan Zambaery ada mengiringinya dalam majlis taklimat suatu projek di Perak.

Orang yang berada disebelah kiri Dato Zambaeri adalah bekas penasihatnya Dato Rais.

Kini, Rais sudah lompat keluar untuk ikut Muhyiddin. Tambah lagi, Zambaery adalah bekas ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Nurul Yaqeen kepunyaan Tan Sri Muhyiddin.


Zambery perlu berhati-hati supaya tidak kelihatan masih ada talian dengan Dato Rais dan Tan Sri Muhyiddin supaya tidak  dianggap bermain dua kolam.

Tambah lagi, ada pihak tidak bertanggungjawab sedang menyebarkan khabar angin Zambery enggan berpindah ke federal dan mahu kekal berada di negeri.

Samada ia bertujuan untuk memaksa Zambery pindah dan buka ruang di Perak atau ada tujuan kurang baik lain, ada pihak mahu fitnah Zambery sebagai main dua kolam.

Berhati-hati setiap langkah kerana Zambery perlu memastikan jentera UMNO Perak bergerak dan ketua-ketua bahagian bersatu hati dan tidak berbalah sesama sendiri menghadapi pilihanraya.

Perak terkenal dengan logam timah tapi nama negeri logam perak. Warna politiknya boleg berubah-ubah dari putih ke kelabu hingga ke hitam. Perlu bersungguh-sungguh dan tekun berusaha.

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.