Wednesday 5 April 2017

Parti Bebas Rasuah sertai Pakatan Harapan "Merasuah"



Ezam umumkan parti baru NewGen yang kononnya Parti Bebas Rasuah.


Ia juga telah memohon masuk Pakatan Harapan:

http://www.kinitv.com/video/46686

Baru tahun lepas sertai PPBM






Sejak beberapa tahun lalu, kelihatan seolah-oleh menjadi trend di kalangan pemain-pemain politik di Malaysia untuk menubuhkan parti sendiri. Selepas ahli pecahan PAS menubuhkan PAN, Mahathir dan Muhyiddin menubuhkan PPBM, Shafie Afdal menubuhkan Warisan, sekarang kita saksikan satu lagi parti baru ditubuhkan dan memeriahkan lagi arena politik tanahair.

Parti ini agak unik kerana agenda penubuhnya tertumpu kepada satu perkara sahaja iaitu rasuah dan penyelewengan. Atas sebab itulah ianya dinamakan Parti Bebas Rasuah. Namun keunikan parti ini bukan hanya terletak pada agenda penubuhannya sahaja, malah Presidennya juga merupakan ahli politik yang mempunyai ‘gelaran’ terpanjang di Malaysia.

Jika hendak disebut Presiden parti ini, bunyinya haruslah begini: “Bekas Setiausaha Politik Anwar, Bekas Ketua Pemuda PKR, Bekas Senator UMNO, Bekas Pengarah Komunikasi MOF dan Bekas Ahli Parti Peribumi Bersatu yang Kini Presiden Parti Bebas Rasuah, Datuk Ezam Md Noor”.

‘Gelaran’ panjang di atas belum termasuk gelaran sebagai Bekas Pengerusi/Presiden NGO-NGO sementara yang beliau kepalai seperti GERAK, NUSANTARA dan HISBAH. Saya sebut NGO sementara kerana NGO-NGO ini tidak pernah konsisten dan cuma wujud secara aktif kurang daripada 2-3 tahun sahaja.

Baca sepenuh di http://www.malaysia-today.net/ezam-dan-parti-bebas-rasuah/


Berupayakah Ezam "practise what you preach"?

Sebab menurut blog berikut, dengan Ezam memohon masuk PH, dia bersekongkol dengan rasuah:

https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/04/04/newgen-validated-flower-party-is-non-halal/

Nampaknya NewGen bukannya New Generation, tapi New Jin atau setan penipu baru dari setan penipu lama!


No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.