Friday 14 July 2017

Madey ngaku U turn dan tak takut TAPI awat hantar orang alihkan RCI


Jika bcaa posting terbaru Che Det, dia kata:

1. Saya dah buat U-turn (pusingan U) Iama sebelum perjanjian menyokong pengampunan di-raja untuk Anwar dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri. Saya U-turn apabila Najib sendiri U-turn terhadap UMNO.

2. UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 menumpu kepada kemerdekaan negara di bawah sistem Demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan.



3. Apabila Najib menyalah guna kuasa Pedana Menteri dan melandaskan rejimnya kepada Cash is King atau Wang sebagai Raja, maka terkuburlah perlembagaan; apabila Najib melesapkan sebegitu banyak wang dan RM2.6billion masuk ke dalam akaun peribadinya ...

DAN ...

8. Saya tidak takut pada Anwar berhubung dengan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja). Tetapi saya percaya usaha menyiasat urusniaga matawang asing oleh Bank Negara ialah untuk mencari kesalahan saya.

9. Sebaliknya tiada RCI ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan bertan duit yang telah pun terbukti oleh 1MDB dan Najib walaupun terdapat banyak bukti salahlaku yang jelas dan boleh didapati oleh sesiapa sahaja di dunia dan rakyat Malaysia.


10. RCI ke atas urusniaga matawang Bank Negara lebih 30 tahun dahulu bukan untuk mencari keadilan tetapi jelas satu usaha terdesak Najib untuk menutup mulut pengkritiknya. Ia tidak akan berjaya.

Sepenuh di SINI


Namun begitu, kenapa Mahathir hantar orang tertentu untuk cuba alihkan dari RCI diteruskan.

Luar nampak berani tapi takut juga.

Sampai U turn sokong Anwar ... nampaknya U turn pasal takut. Khabarnya Anwar dan Nor Mohamaed Yakcop dah cerita  habis.

Memang Mahathir yang arahkan judi forex!!!

Pura-pura panggil Soros penyangak wang tapi dia kaki judi wang negar tersohor!

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.