Friday 18 March 2016

Adakah SPRM takut nak siasat Lim Guan Eng kerana dia cina?


KUALA LUMPUR: Tiada lagi kertas siasatan dipercayai dibuka oleh pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang bagi aduan dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai isu banglo disewa sejak 2009 sebelum dibeli tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, sumber-sumber My Nation News ketika dihubungi berkata, satu laporan pertama dibuat pada 16 Julai 2009 dan bukannya pada 2012 iaitu tujuh tahun lalu sebagaimana diutarakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Datuk Shabudin Yahya di Dewan Rakyat siang tadi.

Sejak itu, kata sumber itu, Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa tidak pernah dipanggil atau saksi dipanggil bagi direkodkan kenyataan untuk membantu memperlengkapkan siasatan terhadap aduan dibuat.

Difahamkan, laporan itu dibuat Pemuda Gerakan di pejabat SPRM Pulau Pinang pada 16 Julai 2009 terhadap tindakan Lim Guan Eng yang berpindah ke sebuah banglo milik persendirian di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

Siang tadi, Shabudin ketika menggulung titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat mempersoalkan mengapa SPRM masih lagi tidak memuktamadkan aduan dibuat terhadap Guan Eng sejak 2012.

SHABUDIN2


Persoalan yang sama turut diutarakan bekas penyiasat tentera, Kapten (B) Rahmat Omar sebentar tadi:

“Why hasn’t the MACC concluded the investigation into the sale and purchase of the property at No.25 Jalan Pinhorn?

The investigation paper was opened in 2012 and it’s been four years already with no end in sight. I am beginning to question MACC’s apartisanship and the integrity of its officers.”

“Mengapa SPRM masih tidak lagi memuktamadkan siasatan terhadap pembelian hartanah di No 25 Jalan Pinhorn?

Kertas siasatan dibuka pada 2012 dan ia telah melepasi tempoh empat tahun tanpa sebarang kesimpulan. Saya sudah mula meragui pendirian tidak berpihak SPRM dan integriti pegawainya,” tulis Rahmat.

Ia boleh dibaca sepenuhnya di capaian berikut:

“Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) SPRM, sesuatu kes berprofil tinggi seumpama ini perlu dilengkapkan antara tempoh tiga bulan hingga setahun.

“Namun, dalam aduan dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau dipercayai tidak pernah dipanggil untuk memberi kenyataan, manakala saksi pula dipanggil untuk direkodkan kenyataan mahupun dokumen dirampas bagi membantu siasatan,” kata sumber-sumber itu lagi.

Setiap aduan, menurut sumber-sumber itu, selepas diterima, akan disalurkan ke unit rekod SPRM negeri terbabit dan pengesahan akan dibuat pengarah SPRM negeri sebelum dikemukakan kepada ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

“Pengarah SPRM negeri akan mengesahkan aduan diterima sebelum dikemukakan kepada ibupejabat,” kata sumber-sumber itu lagi.

Sumber-sumber My Nation News berkata setibanya di ibupejabat SPRM, ia akan melalui Jawatankuasa Penilai Maklumat sebelum membuat keputusan sama ada kertas siasatan perlu dibuka atau perlu melalui prosedur risikan.

“Jika maklumat tidak kukuh, pihak jawatankuasa penilai maklumat ibupejabat SPRM akan meminta dibuka kertas penyiasatan awal (KPA) atau kertas risikan bagi membantu mengesahkan aduan yang diterima.

“Proses ini akan turut memanggil orang kena tuduh (OKT) untuk diambil keterangan mengikut Seksyen 30(8), Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Manakala saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 53(3), akta yang sama,” kata sumber-sumber itu lagi.

Bagaimanapun, sejak aduan dibuat, Guan Eng tidak pernah dipanggil untuk memberi kenyataan mahupun dokumen dirampas bagi membantu siasatan terhadap aduan dibuat pada 2009 itu.

Malah, menurut sumber-sumber itu lagi, KPA mahupun kertas risikan dikatakan tidak pernah dibuka bagi memulakan siasatan terhadap Guan Eng.

Sumber-sumber itu berkata terdapat satu lagi laporan dipercayai dibuat terhadap Guan Eng pada 2012 berkaitan banglo itu namun sejak itu Ahli Parlimen Bagan itu dikatakan tidak pernah dipanggil memberi keterangan atau dokumen disita dari pejabatnya.

Selain laporan mengenai banglo disewa Guan Eng sebelum didakwa dibeli pada harga RM2.8 juta tahun lalu, beberapa aduan lain turut diterima SPRM Pulau Pinang termasuk kos bagi penilaian kewajaran (feasibility study) sebanyak RM305 juta untuk projek terowong bawah laut dan lebuhraya berkembar.

Sumber-sumber itu berkata isu banglo itu bukanlah baharu dan seharusnya SPRM Pulau Pinang sudah menjelaskan sama ada terdapat kes atau sebaliknya, namun ia mungkin tidak dapat dilakukan berikutan tiada keterangan OKT mahupun saksi dikatakan direkodkan lanjutan aduan dibuat.

Selain isu banglo didiami Guan Eng itu, aduan turut dibuat terhadap kerajaan Pulau Pinang bagi menggesa SPRM Pulau Pinang memulakan siasatan terhadap penggondolan Bukit Relau yang didakwa dilakukan secara haram.

“Sebagaimana lazim dilakukan SPRM, bagi kes berprofil tinggi, kenyataan media akan dikeluarkan apabila ia melibatkan individu memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dipanggil untuk memberi kenyataan.

“Tindakan itu adalah bagi mengelakkan persepsi berat sebelah terhadap agensi ini.

“Setakat ini, Guan Eng dipercayai tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan mahupun saksi direkodkan kenyataan mereka dan dokumen disita untuk membantu siasatan,” dakwa sumber-sumber itu lagi.

Kami akan mendapatkan kenyataan rasmi daripada SPRM mengenai isu ini, esok.

My Nation



BAGAIMANA GUAN ENG MEMBELI BANGLO PADA HARGA MURAH


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa memberi penjelasan penjualan tanah yang dikhususkan bagi pembinaan rumah kos rendah di negeri itu.

Selain itu, Guan Eng turut didesak memberi penjelasan bagaimana Ahli Parlimen Bagan itu boleh membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta, walhal hartanah itu dinilaikan RM2.5 juta tujuh tahun lalu.



Guan Eng hanya mampu beri respons mengelak dan diversion

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika membahaskan titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini mendakwa Guan Eng mungkin terlibat secara terus atau tidak langsung dalam penjualan sebidang tanah yang sepatutnya diguna bagi pembinaan rumah kos rendah untuk didiami rakyat miskin tegar dengan sewaan RM100 sebulan.

“Saya kecewa apabila mengetahui perkara ini daripada sumber saya. Tanah itu dijual melalui tender dan kini dikhususkan bagi pembinaan sebuah hospital swasta dan hotel mewah,” kata Shabudin.

Shabudin turut mendakwa penjualan tanah itu berkaitan dengan pembelian sebuah kediaman di Georgetown oleh Guan Eng pada 15 Oktober tahun lalu.

“Lim (Guan Eng) menyewa rumah dimiliki Phang Li Koon dengan bayaran RM5,000 sebulan bagi tempoh tujuh tahun sebelum membelinya tahun lalu.

“Pada ketika Lim menyewa kediaman itu, ia dinilaikan pada RM2.5 juta, tetapi apabila dia membelinya selepas turut dilakukan pengubahsuaian (selepas tujuh tahun), ia dijual kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada harga RM2.8 juta sahaja. Bagaimana ini boleh terjadi?,” soalnya.

Difahamkan, pada 2012, ia pernah didedahkan media tempatan mengenai kos pengubahsuaian yang mencecah RM3.7 juta bagi banglo disewa Guan Eng ini.

LGE document


Shabudin turut mendakwa penjualan tanah bagi perumahan kos rendah itu dilakukan oleh sebuah syarikat yang berkaitan dengan rumah yang dibeli Guan Eng.

Untuk rekod, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara setahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman itu pada 29 September tahun lalu.

Mohamad Khir dituduh memperolehi bagi dirinya dan isteri dua bidang tanah dan sebuah bangle di Lot 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam melalui pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Havroni.
Tanah dan banglo itu dibeli pada harga RM3.5 juta, bertentangan dengan harga RM6.5 juta yang dibayar Ditamas pada 23 Disember 2004.

Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu ketika mengetahui Shamsuddin menjalankan urusan dengan beliau ketika menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

My Nation


Skandal Guan Eng: Nak Tengok Sejauh Mana ‘Profesionalnya’ SPRM

http://www.mykmu.net/2016/03/skandal-guan-eng-nak-tengok-sejauh-mana-profesionalnya-sprm/


Korupsi Lim Guang Eng dan “Double Standard Gani Patail”?

http://www.mykmu.net/2016/03/double-standard-ghani-patail/


5 comments:

  1. Ya mari kita doakan sama2 ok....sempena hari jumaat ini....Ya,Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang...sesesungguhnya kami mohon Ya Allah ..kau balaslah perbuatan si Guan Eng laknatullah ini dengan balasan yang seadilnya ...di mana selama ini dia menindas orang orang kampung dengan merampas tanah dan meroboh rumah mereka serta meroboh gerai untuk hambamu mencari rezeki yang halal...Ya Allah...kau jatuhkan dia cara terhina paling hina kerana dia juga tidak membenarkan muazin melaungkan namaMu di bumi bernama Pulau Pinang...ketika waktu solat ....Ya Allah kami mohon juga Kau tunjukkanlah dan Kau jatuhkanlah para pegawai Sprm yang korup lagi tidak amanah....semoga Malaysia aman dari pegawai kerajaan yang tidak berintergriti ini ....Ameen

    ReplyDelete
  2. Ameen........

    ReplyDelete
  3. Amin ya Rabbalalamin...

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.