Wednesday 30 March 2016

Alasan 15: Taman Chelliah jadi ganti PPRT? Bohong lagi Guan Eng


Video menunjukkan Lim Guan ENg yang kata seperti di laporkan di http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/28/taman-manggis-terlalu-kecil-untuk-ppr-cukup-luas-untuk-hospital-hotel/

Jika terlalu kecil, kenapa sebelum ini kata:

Kenapa pula sudah masuk fasa 2 baru kata terlalu kecil:


Jalan Chelliah memang sudah di khaskan untuk PPRT dan bukan baru untuk perpindahan dari Taman Manggis. Berikut pendedahan pembohong Lim Guan Eng yang didedahkan Utusan Malaysia:

Projek PPRT Jalan S. P. Chelliah turut kontroversi?

Kenyata­an Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kontroversi pembelian banglo dan tanah di Taman Manggis telah membuka lebih banyak misteri dan menimbulkan tanda tanya.

Kali ini berkenaan dakwaan beliau kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang menggantikan tanah di Jalan S. P. Chelliah di sini untuk projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) yang sepatutnya dibina di Taman Manggis.

Daripada ada yang difahamkan kepada Utusan Malaysia, projek perumahan di Jalan S. P. Chelliah itu juga tidak boleh diklasifikasikan sepenuhnya untuk projek PPRT seperti dikhususkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu di tanah Taman Manggis.

Berdasarkan rekod, projek pembinaan di atas tanah seluas 4.45 hektar di Jalan S. P. Chelliah itu membabitkan keseluruhan kira-kira 2,093 unit rumah dan kelak akan dikenali sebagai Chelliah Park City.

Projek yang dirancang siap pada November 2019 itu menawarkan sebanyak 770 unit rumah kos rendah dengan keluasan lantai 65 meter persegi dan dijual pada harga RM72,500.

Selain itu, turut dibina adalah sebanyak 883 unit rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 74 meter persegi dan dijual dengan harga RM200,000.

Sebanyak 165 unit lagi merupakan rumah dengan keluasan lantai 84 meter persegi (RM300,000 seunit) serta 275 unit lagi dalam kelas sama dengan keluasan lantai 93 meter persegi akan dijual berharga sehingga RM400,000.

Menurut sumber, yang menim­bulkan pertikaian ketika ini apabila ada yang mendakwa pembe­li rumah kos rendah berharga RM72,500 seunit sehingga kini ti­dak dipanggil pemaju untuk menandatangani sebarang dokumen perjanjian jual beli.

Katanya, situasi itu menghai­rankan kerana pembeli rumah berharga antara RM200,000 hingga RM400,000 didakwa sudah pun menandatangani dokumen perjanjian rumah di projek tersebut.

Jelasnya, pembeli sudah mendapat surat tawaran daripada pemaju sejak Mei 2015 dengan jaminan akan dipanggil untuk menandatangani perjanjian sebulan kemudian.

Namun dakwanya, majlis menandatangani perjanjian dokumen jual beli rumah bagi kos rendah itu ditunda beberapa kali ke Ogos, Oktober dan Disember tahun lalu dan sekali lagi sehingga ke bulan ini.

“Tetapi sehingga kini, belum ada apa-apa majlis menandatangani dokumen bagi penjualan rumah kos rendah di S. P. Chelliah itu dan kerajaan negeri sebenarnya belum boleh mendabik dada mengatakan projek itu sebenarnya untuk rakyat termiskin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan


No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.