Wednesday 16 March 2016

Nak jatuhkan Najib hingga keliru antara Referendum dan Papadom


6 Jamadil Akhir 1437H
Selasa 4.00p.m.

DAP AKUI PERDANA MENTERI DAPAT SOKONGAN PADU RAKYAT AKAR UMBI

Terdapat 3 senario bagaimana nak menyingkirkan YAB DS Mohd Najib sebagai Perdana Menteri berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan.


Menurut Ahli Parlimen Seremban (DAP), Anthony Loke Siew Foke, ketiga-tiga cara tersebut adalah;

1. Undi tidak percaya di Parlimen

2. Proses dalaman UMNO

3. PRU 14

Berhubung dengan cara pertama melalui undi tidak percaya, Ahli Parlimen itu menegaskan bahawa ia adalah mustahil memandangkan pakatan haram tidak mempunyai bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk menyingkirkan YAB Perdana Menteri selain dari SOKONGAN PADU ahli Parlimen Barisan Nasional terhadap YAB Perdana Menteri.

Mengulas mengenai proses dalaman UMNO untuk menyingkirkan DS Mohd Najib pula, Anthony Loke berpendapat bahawa Presiden UMNO itu juga mendapat SOKONGAN PADU akar umbi UMNO dan ia sukar direalisasikan (untuk menggulingkan Presiden UMNO).

Pilihan terakhir yang ada adalah menanti Pilihanraya Umum ke 14. Untuk itu, satu momentum gerakan politik amat perlu dan wajar digerakkan berterusan agar kehadiran pakatan haram dirasai oleh rakyat dan isu-isu politik sentiasa segar dikitar semula.

Kenyataan Anthony Loke ini boleh dianggap satu jenaka kepada mereka yang berpendapat bahawa parti tonggak Barisan Nasional, iaitu UMNO sedang menghadapi masalah perpecahan serius.

Ia juga merupakan satu bukti bahawa Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO mendapat sokongan majoriti akar umbi.

Salam hormat dari saya, Zamzuri Mohamed Tahir (FB)

7 comments:

  1. If Najib thinks he has the rakyat support , he should call for a referendum as suggested by Mahathir . If he wins , Mahathir will stop pressuring him to step down and he can stay as PM forever.
    Now the ball in Najib's court.
    Does he has the BALLS ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita terima sajalah ketentuan Allah swt. Tak payah tunggu pru 14 sekarang ini pun kita dah nampak keupayaan najib menangkis setiap tomahan. Izinkan saya ulang ini semua hanya tohmahan mahathir sahaja yang mempunyai dendam kesumat hanya kerana langgar janji antara mereka berdua sahaja. Sebagai orang islam kita wajib pertahankan najib sebab dia berjaya dalam mengukuhkan pentadbiran islam yang ada di malaysia ini. Kaum dan agama lain juga terbela secara islamik mereka dilimpahi kemakmuran yang melayu sendiri amat jauh ketinggalan dengan mereka. Mahathir sendiri akui tiada bukti untuk dakwa najib. Cukup2lah menjadi alat kepada pembangang yang tiada tanggung jawab memerintah ni. Kekalkan keamanan ini sahaja modal terbesar kita utuk survival. Cina dan india serta lain2 bangsa dan agama marilah kita patuh petlembagaan negara. Setakat nak tunjuk perasaan kita hingga hasut, fitnah dan perilaku keji yang lain tak payah lah terlalu taksub dengan himpunan2 haram ni.

      Delete
    2. Kalau kita tgok realiti skrang ini, siapa yg tertekan skrang ni, najib kita tgok tenang jer, yg mnggelabah, tertekan dan terdesak adalah mahadir, abis ikhtiar beliau lakukan utk mnjatuhkn najib, dn najib xde buat apa2 pn kpd mahadir jadi buat apa najib perlu layan mahadir nk adakan referendum?

      Delete
    3. Referendum tu ajaran siapa??

      Dalam perlembagaan malaysia ada sebut pada referendum ke?? Zaman mamak madey dulu pun tak pernah dia minta referendum tanya rakyat siapa layak jadi PM waktu krisis umno tahun 1987 dulu... Tiba-tiba kini dia nak minta diadakan referendum... Dah nyanyuk teruk orang tua tu...

      Delete
  2. Setakat 3 juta undi bukan maknanya majority. Dalam 3 juta ahli Umno, layer yg atas aje sokong sbb dapat habuan yg banyak. Yg layer bawah ni dok tunggu PRU14 utk pecat PM. Sebab PAU pon tak boleh bersuara. Kalau bersuara, pengerusi cantas awal2. Bersuara luar PAU, di pecat atau dibuang.

    Tunggu PRU14....
    Kalau sayang umno cantas Najib,
    Kalau sayang Najib, PRU14 cantas BN.

    Fikir-fikir lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAU tak boleh bersuara, pemilihan agung PAU pun masih tak boleh bersuara ke?? Kalau zaman mamak madey dulu mungkin la... Ni zaman najib laa.. Akar umbi yang akan tentukan kedudukan beliau sebagai presiden... Bukan melalui deklarasi jalanan macam madey tu mahukan....

      Kalau benar akar umbi tak mahu najib, kami boleh terima dengan rela hati... Tapi kalau akar umbi masih mahukan najib, apakah anjing macam ko boleh terima dengan senang hati...

      Fikir-fikirkan lah juga...

      Delete
  3. Apa ingat Rakyat bodoh dan buta
    Beritahu Oppo supaya betulkan dulu parti masingx
    Apa nak tukar PM macam undi populariti Artis dalam BH
    Off coourse,even though I am no fan of Najib,but I think he got balls...He pancung TDM from PETRONAS,he sacked Mukhriz,He tendand TSMY and Shafie Afdal from cabinet,he faced all Allegations toward him calmly and still he continued his daily jobs as PM
    Apa ingat nak cantas cantas ni senang ke....bukan macam atas kertas
    Memanglah kena cantas kalau menjadi ahli sebuah organasasi dan asyik score gol sendiri...budak darjah 6 pun akan ambil tindakan serupa
    Tahu pun tunggu PRU 14....sabar aja la
    Ini memekak,melolong sampai Kahak sendiri dijilat,bersongkokol dgn pihak yang terangx anti Melayu dan Islam buat apa
    Tak payah fikirx.....buang masa....Buka mata,guna otak dan lihat pada realiti bukan persepsi

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.