Tuesday 26 April 2016

Adenan memandu Sarawak kehadapan


Selain 53 prinsip dan tindakan yang telah diambil  oleh Tan Sri Adenan Satem untuk rakyat Sarawak, kini Ketua Menteri Sarawak membentangkan 15 teras yang akan diguna untuk memandu Sarawak. 
Janji tersebut di dalam manifesto pilihanraya BN Sarawak 2016 berikut:

1. Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya
2. Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita
3. Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak
4. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka
5. Melindungi dan memulihara alam semulajadi
6. Mempertingkatkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik
7. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
8. Mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi
9. Meningkatkan akses kepada perkhidmatam kesihatan
10. Meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi
11. Mengiktiraf dan membangunkan potensi belia demi masa depan kita
12. Memajukan pendidikan dan latihan teknikal
13. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak
14. Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan
15. Industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan transformasi luar bandar.    
Berikan peluang untuk Adenan memandu Sarawak. Lihat dipenghujung video berikut:






No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.