Saturday 16 April 2016

Alasan 31: Chow Kon Yeow dedahkan campurtangan Guan Eng


Lim Guan Eng guna pesaing politiknya di Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk pertahankannya tetapi kenyataan Kon Yeow lagi dedahkan campurtangan Guan Eng. Petikan dari The Flying Kick:
Chow Kon Yeow yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, menafikan memo yang terbocor membabitkan rayuan permohonan oleh Kuala Lumpur International Dental Care (KLIDC) untuk meningkatkan nisbah plot projek mereka di tanah Taman Manggis yang mana Lim Guan Eng secara peribadi telah campurtangan bagi pihak syarikat. 
Menurut Chow, memo itu yang merupakan sebahagian daripada kelulusan peringkat perancangan yang mana semua projek dan pemilik-pemilik projek perlu lalui, merupakan proses normal dan tidak memerlukan sebarang layanan istimewa. 
"Telah menjadi kebiasaan bagi kami untuk menulis kepada Datuk Bandar Dewan Bandaraya Pulau Pinang untuk dikaji (projek tersebut) dan memajukan kepada agensi-agensi teknikal yang berkata. Ia adalah amalan biasa kami kerana kami bukannya pihak berkuasa (dengan kepakaran) untuk membuat keputusan," kata Chow dalam sidang media yang turut disertai oleh rakaman video untuk dimuatnaikkan oleh Buletin Pulau Pinang yang merupakan organisasi media rasmi Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang.
 Jika telah tulis kepada Datok Bandar maknanya dia tahu ... 
 
 
Chow berkata, kesemua pemilik projek mempunyai hak untuk merayu majlis perancangan negeri dan kebanyakan rayuan tersebut akan dimajukan kepada Majlis Eksekutif Negeri, Dewan Bandaraya Pulau Pinang dan agensi-agensi teknikal malahan kepada Pejabat Ketua Menteri.
 Apa nak kata sekarang?
Menurut Chow lagi, adalah perkara biasa bagi kerajaan negeri untuk meluluskan permohonan penambahan nisbah plot projek-projek dalam sektor-sektor yang memerlukan sokongan. Sekaligus Chow secara tidak sedar, memberitahu, memang wujud campurtangan oleh Ketua Menteri yang memberikan keistimewaan kepada KLIDC.
Kantoi!!!! Sampai sekarang tak start bina dan masih kata boleh mohon panjangkan masa, itu kira adalah hanky panky
 
Sepenuh di The Flying Kick di SINI

3 comments:

  1. Nampaknya Lim Guan Eng telah menjadi punca mengapa impian Sarawak gagal dilaksanakan....

    ReplyDelete
  2. sampai kini SPRM membisu seribu bahasa.....tapi kalu kerajaan / org Melayu,,,dah lama dah ke dalam mamat Tokong ni....

    ReplyDelete
  3. Orang melayu mesti guna kebijaksanaan secara forensik korek lagi segala hanky panky yg dimainkan oleh cina dap ini. Kalau bersalah sumbat mereka di dlm penjara hingga maksimum. Rotan sekali utk hapuskan sifat kurang ajar mereka.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.