Sunday 17 April 2016

Alasan 33: Polis dan SPRM selamatkan Rahman Dahlan?


Demikianlah spin Lim Kit Siang untuk tutup airmuka anaknya. Baca di SINI. Padahal Lim Guan Eng yang rasa lega debat tidak diteruskan menurut ABITW di SINI.

Malah dia patut bersyukur MACC dan Polis berkeras tidak benarkan debat ini diteruskan kerana ia bersalahan dan mengacau siasatan.

SPRM NASIHATKAN SEMUA PIHAK “TUTUP MULUT” BERHUBUNG ISU SKANDAL BANGLO GUAN ENG

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihati semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, SPRM berkata ini adalah kerana kenyataan-kenyataan itu boleh mengelirukan orang ramai kerana proses siasatan masih berjalan.

“Perlu diingatkan bahawa setiap siasatan kes rasuah mempunyai perbezaan melibatkan pengumpulan bukti, pengesahan dokumen serta mengambil keterangan saksi yang menyebabkan tempoh siasatan terbabit turut berbeza-beza,” jelasnya.

SPRM berkata demikian mengulas dakwaan segelintir pihak bahawa SPRM tidak tegas dan melengah-lengahkan siasatan berkaitan isu banglo itu.

Dalam pada itu, SPRM sekali lagi menegaskan bahawa kes banglo tersebut mahupun kes penyelewengan dana kerajaan oleh pegawai Kementerian Belia dan Sukan langsung tiada kaitan dengan pegawai SPRM yang dijatuhkan hukuman berhubung rasuah oleh mahkamah baru-baru ini.

Justeru SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan mempolitikkan kes yang melibatkan pegawai SPRM tersebut.

Pembelian banglo di Pulau Pinang oleh Lim dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran. 

– BERNAMA

http://m.thesundaily.my/node/361553#sthash.WujLsrga.dpuf


Tambah lagi, ianya subjudis dan tidak mengikut undang-undang MACC. Boleh baca di ABITW SINI.

Cuma orang tertanya kenapa kes 1MDB dan SRC, MACC biar sahaja Tun Mahathir, Tony Pua dan Rafizi bercakap sesuka hati. 


Tak mungkin Rahman Dahlan takut nak teruskan kerana dia ada banyak lagi bahan untuk didedahkan. Baca FMT SINI 


Kalau betul Rahman Dahlan takut dan DAP/Guan Eng berani bersuara, kenapa ada gag order?
DAP issues gag order on bungalow, Taman Manggis land

 Sampai suruh 25 pemimpin DAP nyatakan sokongan. 

Kah kah kah ... sapa agaknya yang mahu ini didiamkan sekarang supaya perjuangan Kit Siang seumur hidup atas dasar menuduh BN rasuah akan tidak bererti kerana anaknya perasuah?

DAP lah ....

1 comment:

  1. Porahhhhhh..Lin guan Eng kepala otak lu...lu jawab la dengan sprm. Apa lu kasi semua stupid reason?..Ada Telor ka? Jgn jadi CM PONDAN sudah la...

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.