Tuesday 31 May 2016

Isu-isu untuk majlis penjelasan Guan Eng di Sungai Besar


Mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, pejawat awam yang ada transaksi peribadi dengan pihak yang ada urusan dengan kerajaan dianggap bersalah.

Isu ini penting untuk dijelaskan di Sungai Besar kerana ADUN DAP Sekincan, Ng Suee Lin juga yang kenakan Khir Toyo hingga disiasat pihak berkuasa. Cuma yang pelik adalah kenapa Peguam Negara guna taktik "underhanded" ugut yang didakwa untuk jadi saksi kenakan seorang saja yang didakwa. Yang jadi saksi lepas ...


Suatu masa orang Sungai Besar anggap Peguam negara kenakan Khir Toyo secara teknikal. Urusan Shamsuddin tiada yang special dan dia dapat apa yang orang-orang lain dapat. Salah dari segi teknikal undang-undang tapi hakikatnya tiada rasuah berlaku.

Tambah lagi ada pihak persoal valuation ke 4 yang tiba-tiba diberi ke mahkamah oleh Peguam negara untuk imbangkan kekuatan hujah 3 penilaian yang genuine oleh tertuduh.

Guan Eng perlu turun dan jelaskan pada pengundi cina bahawa dia tidak lakukan kesalahan yang sama Khir Toyo lakukan yang menjadi kemarahan sebahagian pengundi terhadap BN suatu kettka.


Itu jika 165.

Tapi jika Phang Li Koon ada lebih dari satu hubungan urusan dengan kerajaan negeri dan Guan Eng sert dapat pulak projek, maka Guan ENg boleh didakwa dengan kes rasuah yang betul-betul rasuah. Tidak hanya teknikal ...

Guan ENg boleh turun untuk bersedia ...


Akhir sekali Guan Eng kena jelaskan mengenai pembayaran konsultansi berkenaan pembinaan tunnel bawah laut. Bila sudah bising, Guan Eng pula kata tak jadi ... duit RM300 juta dah habis bayar.

Isu tambak tanah pun ditentang bukan saja ADUN-ADUN BN tapi juga ADUN PKR dan beberapa ADUN DAP.

Tambah lagi, kenapa ada ADUN DAP bbuat usul terhadap KM DAP Pulau Pinang untuk dihadkan

Turunlah Sungai Besar untuk terangkan ... bleh bantu Amanah atau PKR jika bertanding. Jika tak tanding, sah PAS kongkalikong dan senang sikit untuk Waibbi Budi menang ....

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.