Sunday 1 May 2016

#PRNSarawak: Pan Borneo adalah "game changer" ekonomi Sarawak


Projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan sebuah projek yang besar ertinya kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak dan negeri Sarawak.

Beliau mahu orang Sarawak menikmati sistem perhubungan darat yang lebih selesa dan moden selain mampu mewujudkan peluang pendapatan dan pekerjaan kepada Bumiputera Sarawak.
#PanBorneo #RakyatDidahulukan

Sebagaimana PLUS Highway membawa pembangunan yang deras di Semenanjung, Pan Borneo pun boleh bawa impak ekonomi yang sama.

Sarawakiana :Pan Borneo Akan mengubah Landskap Pembangunan Sarawak
http://www.sarawakiana.net/2016/03/pan-borneo-akan-mengubah-landskap.html
Najib turut berjanji kesilapan projek hidro Bakun ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir tidak akan berulang untuk Pan Borneo Highway:

Ahad, 17 April 2016 | MYT 12:39 PM
Najib: Kesilapan Empangan Bakun tidak akan diulangi di Pan Borneo Highway

Oleh ANDY CHUA

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata beliau akan memastikan bahawa kesilapan yang berlaku pada Projek Empangan Hidro Bakun tidak akan diulangi dalam pembinaan Pan Borneo Highway.

Beliau berucap di pelancaran lebuhraya Fasa ke-4 yang menghubungi antara simpang Bintangor ke Jambatan Sungai Kua, berkata hanya kontraktor yang benar-benar layak sahaja yang akan dipilih untuk kerja pembinaan tersebut.

“Projek Bakun bukan dilaksanakan ketika pemerintahan saya. Oleh itu, saya tegaskan agar kita tidak mahu melakukan kesilapan yang sama (seperti yang terjadi) pada Bakun berikutan ianya diberikan kepada kontraktor yang tidak layak.

“Untuk projek Lebuhraya Pan Borneo ini, kita hanya akan memberikannya kepada kontraktor yang boleh dipercayai untuk melaksanakan tugas tersebut,” katanya.

Projek Empangan Bakun itu, yang hanya berjaya disiapkan lewat 18bulan dari tarikh asal, juga menunjukkan peningkatan kos pembinaan dari RM6 bilion kepada RM15 bilion.

Najib menyatakan beliau tidak mahu rakyat melabel Lebuhraya Pan Borneo sebagai projek mega kerana ini hanya akan menakutkan mereka.

“Projek ini membawa makna yang lebih luas kerana kontraktor-kontraktor bumiputra tempatan kelas F juga bakal menikmati manfaat darinya. Ini akan memupuk sifat menjiwai terhadap hak mereka ke atas projek itu,” katanya.  
Sebanyak 78 kontraktor bumiputra Kelas F telah menerima sijil lantikan mereka untuk melaksanakan projek yang bernilai RM533 juta daripada RM 1.7 bilion jumlah keseluruhan daripada fasa ini.

Diterjemah oleh: KKMM
DAP dan pembangkang banyak mencemik projek ini tetapi lihat ...



APABILA SYARIKAT YANG SOKONG DAP CUBA MASUK TENDER SARAWAK?

Penyokong kuat DAP, Sunway Group sudah berani membida projek Lebuhraya Borneo Utara di Sarawak. Hebat penyokong parti DAP ini.

Mereka tidak malu-malu untuk secara terang-terangan menyokong perjuangan parti DAP tetapi pada masa yang sama mereka masih mengharapkan kontrak dan projek daripada Kerajaan Pusat. Muka tebal dan tidak tahu malu.

Masih mahukan projek Kerajaan tetapi terang-terang sokong musuh BN. Harap sangat mereka tidka dapat. Jika tidak mana tahu mereka juga 'menderma' kepada DAP untuk dana politik.

Tidak mustahil mereka memang mahukan LGE jadi PM dan terus menyokong sebab mereka nak banyak lagi projek. Hati-hati banyak musang sekarang ini. Apapun lawan DAP dan konco-konconya leboh baik daripada lawan sesama sendiri.

K7L : Banyak hal..
Company ini juga penyokong kuat Mahathir

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.