Thursday 2 June 2016

Anak bekas ADUN UMNO pengacau atau kacang ke?


SEKINCHAN: Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk meletakkan bekas guru, Azhar Abdul Shukur, 50 daripada AMANAH sebagai calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) P093 Sungai Besar.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengumumkan pencalonan anak jati Sungai Besar (betul ke?) sempena majlis pengisytiharaan calon PH di Dewan Sri Sekinchan, malam tadi.

Min di mana?

“Kita mahu Barisan Nasional kalah, jangan tersilap pilih. Kita juga tolak Pendekar Mustar,” sindir Sabu, merujuk kepada penggayaan busana tradisional Melayu oleh pimpinan PAS yang sedang bermuktamar di Kota Bharu ketika ini.

“Kita perlu pemimpin yang memahami soal naluri para petani nelayan dan penternak, pemimpin yang faham kehidupan masyarakat supaya suara rakyat Sungai Besar kedengaran di Parlimen,” tegas Sabu.

Azmin ... mana ko?

Azhar merupakan Pengerusi AMANAH di Parlimen Sungai Besar. Beliau yang kini menjalankan perniagaan sendiri dipercayai mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat setempat memandangkan beliau merupakan anak jati Sungai Besar.

* Azhar juga merupakan anak kepada bekas ADUN pada tahun 90an iaitu Datuk Abdul Shukur Sirat.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir pada majlis itu adalah Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin lain.

Kenapa ko tiada Azmin? Betul ke jawapan Kak Wan di SINI

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak hadir atas nasihat parti.

Baca sepenuh di FMT

Pelam kerala luar saja oren ... takut dalam warna hitam

* Shukor Sirat adalah ADUN parti UMNO. 

Jika anaknya masuk parti PAS, itu sesuatu yang biasa sebagaimana anak orang PAS masuk UMNO. Anak arwah seorang bekas Pesuruhjaya PAS negeri pun ada yang UMNO.  

Desas desus tersebar bahawa Tun M ada rancang nak letak seorang Ketua Cawangan UMNO atau anak orang UMNO bertanding. JIka sesuatu yang luarbiasa iaitu Azhar masuk Amanah, maka perlu tahu bila dia masuk Amanah? 


Tidak menolak Azhar ini mungkin hanya pelam dari Kerala yang tanding untuk jadi pengacau. Pelam Kerala luar oren tapi dalam entah apa warna sebenar ... tak tolak kemungkinan isi berwarna hitam.


Amanah kata nak kacau PAS tapi rupanya pengacau UMNO ....kacang lupakan kulit
 

1 comment:

  1. Gadohlah kau sesama sendiri melayu...........

    Orang kapir tunggu dan ketawa keriangan.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.