Tuesday 7 February 2017

Setahun hasil naik RM120 juta, kos naik RM1 bil, masih cabut gigi RM1?


Memetik dari blog Flying Kick, Dr Aznil Hashim membuat komen berikut:

1. Ini cerita lama yg berdarah kembali. Jika kalian masih ingat tentang viral kenaikkan caj RM 1 pada hujung tahun lepas, ianya menjadi kecoh seketika. Kemudian Kementerian Kesihatan memaklumkan tiada kenaikkan caj untuk kelas ke 3. Yang hanya terlibat adalah kelas 1 & 2. Ini pun melibatkan 1.6% rakyat Malaysia. Nitizen berasa tenang caj RM 1 tidak dinaikkan. Namun mereka tidak perasan makluman tentang caj pergigian, fisiotherapi, radioterapi dan onkologi yg bakal berubah.


2. Sebelum saya jelaskan lebih lanjut, suka sy nyatakan tentang sejarah Fi perubatan. Ianya pada mulanya diperkenalkan sebagai Akta Fee 1951. Segala caj perubatan diperkenalkan ketika itu. Kemudian akta ni diganti kepada Perintah Fi 1982. Caj yg dikenakan dikekalkan. Hanya berubah adalah nama.

3. Kemudian terdapat beberapa pindaan Perintah Fi pada tahun 1994, 2003 & 2014. Kesemua pindaan ini hanya melibatkan caj wargaasing. Tidak melibatkan caj warganegara.
4. Maknanya sejak merdeka lagi caj ini kekal hingga kini.

5. Saya hadiri meeting kewangan pada tahun lepas. Walaupun peringkat hospital, namun saya faham status kos kesihatan secara keseluruhan.

6. Untuk makluman, Jika anda merujuk penyata kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2015, hasil yg diperolehi oleh pihak kementerian hanyalah RM 560 juta. Sedikit peningkatan dari tahun sebelum nya iaitu sebanyak RM 120 juta (dari RM 440 juta). Majority kenaikan hasil ini adalah dari perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan.

7. Apa maknanya? Maknanya telah terdapat peningkatan secara significant dari segi perkhidmatan kesihatan kerajaan.

8. Sekarang kita lihat kos kementerian Kesihatan perlu tanggung. Untuk perbelanjaan mengurus tahun 2015 sahaja RM 21.7 billion. Jika anda lihat tahun-tahun sebelum ini, peningkatan kos hampir RM 1 billion setiap tahun.

9. Berbaloikah dengan kenaikkan hasil hanya RM 120 juta dengan kos rawatan meningkat sebanyak RM 1.1 billion setiap tahun?

10. Itu baru perbelanjaan mengurus. Belum lagi perbelanjaan2 lain. Perbelanjaan Perkhidmatan dan bekalan untuk tahun 2015 misalnya, kos yang terlibat adalah RM 8.6 billion.


11. Saya ada sertakan kutipan hasil negara tahun 2015 menurun dari 2014 walaupun pada ketika itu GST telah dilaksanakan. Semua tahu hasil negara rendah adalah ketidak tentuan ekonomi global - (Sumber : Jabatan Audit Negara)




12. Saya percaya kutipan hasil negara juga mencabar untuk tahun-tahun berikutnya.

13. Dengan kadar populasi rakyat yg makin meningkat - kos kesihatan rakyat juga meningkat tetapi hasil negara menjadi rendah. Bagaimana nak membantu rakyat?

Sepenuh di http://theflyingkick.blogspot.my/2017/02/woi-tongong-caj-pergigian-naik-untuk.html

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.